Wednesday, 1 July 2020

Organisasi dan kepimpinan di sekolah:Perbincangan

ORAGANISASI DAN KEPIMPINAN:PERBINCANGAN

PERBINCANGAN KAJIAN:
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, di sini saya akan membincangkan kaedah kepimpinan yang diamalkan di sekolah dan peranan organisasi serta kepimpinan dalam pengurusan sesebuah sekolah.

Membincangkan kaedah kepimpinan yang diamalkan di sekolah:
Berdasarkan hasil dapatan kajian dan merujuk objektif iaitu kaedah kepimpinan yang diamalkan di sekolah adalah gaya kepimpinan autokratik dan kepimpinan demokratik.Kepimpinan merupakan proses pengasahan tingkah laku orang lain ke penyempurnaan sesuatu objektif Certo (1997).Pendekatan ini sering dikaitkan dengan cara penggunaan kuasa yang diamalkan oleh seseorang pemimpin dalam menetapkan hala tuju organisasi,merancang,melaksana startegi dan memotivasikan warga sekolah yang dipimpinnya.(Mohd Najib Ghafar,Tamyis Arbah 2008).

Antara gaya kepimpinan di sekolah adalah kepimpinan jenis autokratik.Gaya kepimpinan ini adalah mementingkan pelaksanaan tugas.Pemimpin yang mengamalkan stail ini akan menggesa orang bawahannya untuk menyempurnakan tugas yang telah ditetapkan.Oleh itu,disebabkan perbincangan hanya menumpukan terhadap tugas yang perlu dilaksanakan menyebabkan tiada hubungan atau komunikasi yang mesra antara pemimpin dengan orang bawahan.Pemimpin jenis ini juga bersifat tegas dengan pendiriannya demi menghasilkan hasil kerja yang baik dan sempurna.Gaya kepimpinan jenis ini tidak digalakkan dan diamalkan di sesebuah sekolah kerana menfokuskan kepada satu suara sahaja dan tidak memberi peluang kepada orang bawahan untuk menyuarakan pendapat.Namun begitu, pemimpin sekolah iaitu pengetua boleh mengamalkan kaedah ini sekiranya menghadapi masalah seperti sekolah yang kurang cemerlang dalam pencapaian akademik mahupun pencapian dalam ko kurikulum.

Seterusnya, gaya kepimpinan demokratik.Gaya kepimpinan ini juga dikenali sebagai pemimpin yang mengalakkan kesemua kakitangan melibatkan diri dalam organisasi.Kepimpinan demokratik merupakan paling berkesan berbanding yang lain kerana bersifat lebih terbuka dan amat disenangi oleh orang bawahan.Pemimpin yang mengamalkan gaya ini juga memberi peluang kepada ahli-ahlinya untuk memberikan pendapat serta mendengar setiap idea yang dicadangkan dan pertimbangkan cadangan tersebut jika mendapat persetujuan ramai.Hubungan dengan orang di bawah pimpinannya juga adalah rapat kerana pemimpin ini mementingkan hubungan sesama ahli serta bersikap matang.Gaya kepimpinan ini merupakan paling sesuai diamalkan di sesebuah sekolah, dimana gaya kepimpianan ini lebih terbuka dan adil untuk sesebuah kelompok itu memberi pandangan.Sebagai contoh,terlibat dalam aktiviti bersama ahli dan bekerjasama untuk mencapai matlamat merupakan gaya kepimpinan demokratik yang boleh diterapkan oleh pemimpin sekolah dalam mencapat matlamat dan objektif sesebuah sekolah.  

Membincangkan peranan organisasi dan kepimpinan di dalam pengurusan sesebuah sekolah:
Berdasarkan hasil dapatan kajian dan merujuk objektif iaitu peranan organisasi dan kepimpinan dalam pengurusan sesebuah sekolah  ialah untuk mempengaruhi,memotivasikan, mengubah sikap dan tingkah laku orang bawahan seperti guru-guru,pelajar dan staf supaya bersetuju dan berjaya melaksanakan program-program yang telah dirancang bagi mencapai matlamat sekolah.Oleh itu, dalam aspek organisasi dan kepimpinan sesebuah sekolah, setiap kakitangan sekolah mempunyai peranan masing-masing mengikut tugas atau jawatan dipegang.

Kepimpinan guru terbahagi kepada dua iaitu kepimpinan pengajaran  dan kepimpinan bilik darjah yang mempunyai peranan tersendiri.Kepimpinan pengajaran ini adalah kebolehan memberi tumpuan kepimpinan,galakan dan sokongan kepada guru dan pelajar yang dimainkan peranan oleh pengetua.Oleh itu,melalui kepimpinan pengajaran inilah, pengetua memainkan peranan untuk merangka dan menjelaskan matlamat kepada seluruh warga sekolah.Sebagai contoh,pengetua berperanan dalam menguruskan kurikulum sekolah seperti menyelia dan mengawal polisi kementerian pendidikan dan juga berperanan dalam mengawal waktu pembelajaran di sekolah.Selanjutnya,bijak dalam menurunkan kuasa dan mengagihkan tugas serta melantik orang yang berkelayakan dalam mengawal tugas-tugas penting juga merupakan peranan penting harus dilakukan oleh pengetua bagi mencapai objektif dan matlamat sekolah.

Seterusnya, kepimpinan bilik darjah.Kepimpinan ini adalah kemahiran guru dalam mengurus diri sendiri dan berupaya dalam menyampaikan visi kepada para pelajar dan berusaha supaya pelajar dapat mengikuti visi di sekolah.Sebagai contoh,guru berperanan dalam mencipta persekitaran pembelajaran yang selesa, sempurna dan baik supaya dapat menarik minat pelajar untuk belajar dan sentiasa bersemangat untuk pergi ke sekolah.Oleh itu,guru juga berperanan mencungkil potensi pelajar seperti dalam akademik dan kegiatan kokurikulum.

Akhir sekali, peranan ketua pelajar.Ketua pelajar merupakan pembantu guru di sekolah dan mempunyai tanggungjawab yang besar terhadap pelajar-pelajar lain.Ketua pelajar juga mestilah menjaga kekemasan diri dan menunjukkan teladan yang baik sebagai role-model kepada pelajar lain.Ketua pelajar berperanan sebagai membantu pihak sekolah serta guru-guru memantau dan menguatkuasakan peraturan dan undang-undang sekolah agar sekolah sentiasa dalam keadaan terkawal sama ada dari segi disiplin mahupun keceriaan sekolah.Ketua pelajar kebiasaannya dilantik oleh guru-guru dalam kalangan pelajar yang berdedikasi bertanggungjawab dan dihormati dalam kalangan pelajar sekolah.Jika ketua pelajar mampu memainkan peranan mereka menguatkuasakan undang-undang dan peraturan sekolah sudah pasti disiplin pelajar terkawal dan pelajar dapat menumpukan tanggungjawab mereka memastikan kebersihan kelas sentiasa ceria dan paling utama tanggungjawab mereka terhadap keluarga untuk menjadi pelajar cemerlang.


Rujukan: